Sedang mencari rancangan TV dan filem yang menjadi buah mulut orang ramai dari seluruh dunia? Kesemuanya boleh didapati di Netflix. Kami menawarkan siri, filem, dokumentari dan rancangan komedi spontan istimewa yang memenangi anugerah. Melalui apl mudah alih, anda juga boleh menikmati Netflix ketika anda mengembara, dalam perjalanan atau sekadar berehat seketika. Tawaran daripada Netflix yang akan anda suka: • Kami sentiasa menambahkan rancangan TV dan filem. Semak imbas tajuk baharu atau cari rancangan kegemaran anda dan strim video terus pada peranti anda. • Semakin banyak rancangan yang anda tonton, semakin baik cadangan daripada Netflix bagi rancangan TV dan filem yang akan anda suka. • Nikmati pengalaman tontonan selamat yang khas untuk kanak-kanak dengan hiburan mesra keluarga. • Lihat video pratonton ringkas bagi siri dan filem kami dan terima pemberitahuan untuk episod dan keluaran baharu. Keahlian Netflix ialah langganan bulanan yang bermula pada waktu anda membuat pendaftaran. Anda boleh membuat pembatalan dengan mudah pada bila-bila masa, dalam talian, 24 jam sehari. Anda tidak akan terikat oleh kontrak jangka masa panjang atau dikenakan caj pembatalan. Kami berharap anda menikmati rancangan yang anda tonton. Sila ambil perhatian bahawa butiran Privasi Apl kami terpakai pada maklumat yang dikumpulkan melalui apl Netflix iOS, iPadOS dan tvOSs. Rujuk Pernyataan Privasi Netflix (pautan di bawah) untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami kumpulkan dalam konteks lain, termasuk pendaftaran akaun. Dasar privasi: www.netflix.com/privacy Terma penggunaan: www.netflix.com/terms Nombor Telefon: +18667160414 E-mel: iosappstore@netflix.com