Pantas, selamat dan peribadi, Opera Browser ialah pelayar web dengan reka bentuk cantik yang telah memenangi Anugerah Red Dot disebabkan antara muka pengguna pelayar web yang menakjubkan. Digunakan oleh berjuta-juta peminat di seluruh dunia, Opera Browser dibina untuk orang yang dalam perjalanan dan menampilkan carian web sepantas kilat untuk hasil carian segera. Pasang Opera Browser untuk mendapatkan pengalaman pelayaran iOS yang terbaik, sama ada anda mencari Opera Mini atau naik taraf pelayar mudah alih iOS semasa anda. BARU! Pelayar Anda, Reka bentuk Anda Kini anda boleh menyesuaikan latar belakang pelayar anda mengikut keutamaan dan mood anda, menjadikannya benar-benar milik anda. VPN TERBINA DALAM PERCUMA & SELAMAT Tiada sesiapa pun suka diperhatikan. Itulah sebabnya anda memerlukan VPN percuma Opera: perkhidmatan tanpa log, ia melindungi dan menyulitkan apa yang anda buat dalam talian. SELAMAT & PERIBADI Opera Browser menggunakan teknologi web terkini untuk melindungi anda dan memberi anda perlindungan privasi dalam talian yang maksimum. Pencegahan Penjejakan Pintar (ITP) Apple yang terbina dalam menyekat kuki penjejakan pihak ke-3, bersama Mod Pelayaran Peribadi yang membantu anda kekal tanpa nama sepenuhnya dalam talian. Pelayar ini juga menawarkan Perlindungan Cryptojacking Opera, yang mengurangkan risiko peranti mudah alih anda terlampau panas atau kehabisan bateri apabila anda melayari web. PENYEKAT IKLAN NATIF UNTUK PELAYARAN PANTAS Opera menawarkan penyekat iklan terbina dalam untuk pelayaran yang lebih pantas. Apabila dihidupkan, Opera Browser anda akan menyekat iklan yang mengganggu, lalu membuatkan halaman web dimuatkan lebih pantas berbanding dengan pelayar mudah alih lain. DIREKA BENTUK UNTUK DIGUNAKAN DI MANA-MANA SAHAJA Opera membolehkan anda menerokai web menggunakan sebelah tangan sahaja, menjadikan pelayar web ini pelayar mudah alih yang terbaik dan paling mudah untuk iOS. Pilih antara Navigasi Bawah piawai dengan Butang Gerak Cepat. Apabila dipilih, BGC sentiasa tersedia pada skrin pelayar anda dan menyediakan akses langsung kepada Carian Segera anda. Anda boleh menahan dan meleret butang itu untuk tab terbaru anda, atau untuk muat semula, tutup atau kongsikan tab semasa dengan pelayar komputer anda. JADIKAN OPERA KEGEMARAN ANDA Sertailah berjuta-juta orang lain dan jadikan Opera pelayar lalai kegemaran anda. Dengan pengeluaran iOS 14, anda kini dapat merasai pengalaman pelayaran yang pantas, peribadi & selamat secara langsung daripada skrin utama anda sebagai pilihan lalai anda. PERKONGSIAN FAIL YANG LANCAR ANTARA PERANTI DENGAN ALIRAN Gunakan Opera untuk Mudah Alih bersama dengan pelayar komputer Opera anda untuk pelayaran web dan perkongsian fail yang pantas dan lancar ke seluruh peranti Desktop dan Mudah Alih anda. Penyambungan telefon anda dengan PC anda untuk berkongsi fail tidak pernah semudah ini. Hanya mulakan pelayar desktop Opera dan imbas kod QR yang terpapar menggunakan Opera Browser. Tiada log masuk, kata laluan atau akaun diperlukan! Anda boleh menghantar pautan, nota, video atau mana-mana fail yang lain kepada diri anda dengan satu klik dan semua ini akan dipaparkan pada semua peranti desktop dan mudah alih anda. PERIHAL OPERA Diasaskan pada tahun 1995 di Norway, berdasarkan idea bahawa semua orang sepatutnya dapat melayari web, kami telah membantu berjuta-juta orang mengakses Internet dengan selamat, peribadi dan inovatif sepanjang +25 tahun yang lalu. Kami mementingkan Internet, piawai terbuka dan orang. Opera Touch kini dikenali sebagai Opera Browser! Reka bentuk yang memenangi anugerah dan semua ciri-ciri popular masih tersedia untuk memberi anda pengalaman pelayaran yang terbaik pada mudah alih anda. Dengan memuat turun aplikasi ini, anda bersetuju dengan Perjanjian Lesen Pengguna Akhir di https://www.opera.com/eula/mobile Anda juga boleh mengetahui cara Opera mengendalikan dan melindungi data anda dalam Pernyataan Privasi kami di https://www.opera.com/privacy