Pernahkah anda bermimpi memasuki pelangi? Bagaimana pula mengumpul warna-warna di dalam bilik anda atau melihat melalui kanta mata seekor lebah? Pelajari dan terokai keajaiban cahaya serta warna di alam yang menggabungkan fizik dan seni. Ketahui cara cahaya dihasilkan, cara ia bergerak, dan kecantikan yang ia serlahkan (petunjuk: warna!). Anda boleh mencampurkan cat dan lampu, bermain dengan prisma dan kanta, menyusun warna, membuat pelangi, dan pelbagai lagi. Juga — gunakan AR untuk mengumpulkan dan mengenal pasti warna di sekeliling anda. Cahaya & Warna ialah aplikasi No.12 dalam siri aplikasi sains pemenang anugerah Tinybop, yang memperkenalkan kanak-kanak berusia 4+ tahun kepada idea-idea hebat. Setiap aplikasi kami memperkenalkan kanak-kanak kepada konsep-konsep sains yang penting. Kanak-kanak belajar melalui eksperimen, pemerhatian, bertanya soalan, meneka, dan mencari jawapan. Ketahui lebih lanjut di tinybop.com. -Ketahui cara cahaya melantun, membias dan memantul. -Bermain dengan model kerja prisma, cermin dan kaca. -Buat pelangi dengan menghasilkan ribut. -Eksperimen dengan pelbagai sumber cahaya seperti lilin, mentol pijar dan laser. -Intai ke dalam titisan hujan untuk mempelajari cara pelangi dihasilkan. -Campur-campurkan cat untuk membuat roda warna. -Terokai sains cahaya dengan mencampurkan lampu-lampu yang berwarna. -Bermain dengan bongkah susunan warna untuk mempelajari pelbagai sistem warna. -Kumpulkan, tangkap gambar, suaikan dan namakan warna-warna di sekeliling anda menggunakan AR. -Terokai cara makhluk-makhluk yang berbeza melihat dunia (manusia, manusia buta warna, manusia rabun jauh, lebah, anjing). -Ketahui emosi yang anda kaitkan dengan warna-warna yang berlainan. -Label teks interaktif dalam 40+ bahasa mengajar kosa kata sains. -Sejajar dengan Next Generation Science Standards (NGSS). -Menyeronokkan bagi seisi keluarga — bermain dan belajar bersama-sama. -Tiada pembelian dalam aplikasi. -Tiada pengiklanan pihak ketiga. Buku Panduan Untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran anda, buku panduan percuma yang penuh dengan fakta dan panduan interaksi tersedia di tapak web kami. Muat turun Buku Panduan Badan Manusia di sini: http://tinybop.com/handbooks Untuk berita dan terbitan terbaru Lawat kami: www.tinybop.com Ikut kami: twitter.com/tinybop Sukakan kami: https://www.facebook.com/tinybop Intai di sebalik tabir: http://instagram.com/tinybop