AVOLTEHA Planet luar biasa di mana Paul memulakan pengembaraan terhebatnya. Avolteha dikelilingi oleh persekitaran yang penuh dengan pasir, batu dan gunung berapi. Satu elemen yang anda tidak akan jumpa. Air – sumber segala kehidupan. Satu-satunya air yang dijumpai adalah pada awan yang melintasi Avolteha. Satu-satunya cara untuk mendapatkan komoditi berharga ini adalah suatu jenis cendawan yang boleh mengeluarkan air. Penduduk Avolteha muga membina penempatan mereka bertahun-bertahun lepas di sekitar cendewan tersebut. Akan tetapi, seiring dengan peredaran waktu, akar cendawan tersebut mula tumbuh lebih tinggi. Untuk memulihkan bekalan air, Paul dan rakan-rakannya membina sambungan dari kota awan baru ke bawah. Sementara itu, Paul bukan lagi tinggal di bandar. Sekarang, namun, dia terima satu surat. Rakan-rakannya memerlukan pertolongan dia. Sumber air telah hilang sekali lagi. Apa yang berlaku? Pengembaraan terhebat Paul sedang menunggu. Teka teki hebat Avolteha sedang menunggu dia dan ingin diselesaikan. Ianya harus diselesaikan – untuk kebaikan semua penduduk planet yang indah ini. TENTANG PERMAINAN Avolteha adalah permainan pengembaraan klasik tekan & klik untuk seisi keluarga KAWALAN PERMAINAN Paul boleh menyimpan barang dengan mudah sepanjang perjalanan dan membawanya dalam pengembaraan dia. Ketahui di mana barang-barang ini boleh digunakan. Jika Paul tersekat, dia masih mempunyai rakan-rakannya. Mungkin mereka akan bagi petunjuk yang bagus. Pengalaman permainan yang interaktif dengan sentuh. TIADA TEKS YANG BOSAN Tiada dialog yang tidak berkesudahan. Perbualan boleh diikuti melalui buih ucapan yang dilukis dengan tangan tanpa teks. Permainan yang mengatasi halangan bahasa dan boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja. PENYAMBUNGAN iCLOUD Avolteha boleh dimainkan oleh 4 pemain secara serentak. Keadaan permainan boleh diubah dengan mudah melalui slot. Di sampin itu, keempat-empat slot diselaraskan melalui iCloud. UNTUK PELBAGAI PERANTI Permainan ini boleh dimainkan pada iPad dan juga iPhone. Keperluan terendah: iPad Air atau iPhone 6s atau ke atas. Kesemua peranti terbaru turut disokong. ZUM UNTUK IPHONE Sentiasa zum masuk dengan dua jari, gerak satu bahagian dan kemudian zum keluar lagi dengan dua jari? Tidak dengan Avolteha. Dengan hanya satu jari, anda boleh zum masuk secara intuitif, bergerak dan zum keluar lagi. Ketahui banyak perincian dalam pemandangan yang direka hebat ini.