Google Family Link ialah apl kawalan ibu bapa yang memastikan keluarga anda lebih selamat dalam talian. Alatan Family Link yang ringkas membolehkan anda memahami cara anak anda meluangkan masa pada peranti, melihat lokasi peranti, mengurus tetapan privasi, dll. Dengan Family Link, anda boleh: Menetapkan Peraturan Asas Digital • Tetapkan had masa skrin — Family Link membolehkan anda menetapkan waktu gendala untuk peranti anak anda dan had masa untuk apl supaya anda boleh membantu mereka mengimbangi masa dengan baik. • Bimbing mereka kepada kandungan yang bersesuaian dengan umur — Luluskan atau sekat apl yang mahu dimuat turun oleh anak anda. Family Link juga membolehkan anda memilih pengalaman YouTube yang sesuai untuk anak anda: pengalaman yang diawasi pada YouTube atau YouTube Kids. Urus dan lindungi akaun anak anda • Lindungi privasi mereka — Pengurusan kebenaran dalam Family Link membolehkan anda membuat pilihan bermakna berkenaan data anak anda. Lihat dan urus kebenaran untuk laman web dan sambungan yang diakses melalui Chrome serta apl yang dimuat turun pada peranti anak anda. • Lindungi akaun mereka — Family Link memberi anda akses untuk mengurus akaun dan tetapan data anak anda. Sebagai ibu bapa, anda boleh menukar atau menetapkan semula kata laluan anak anda jika mereka terlupa, mengedit maklumat peribadi, malah memadamkan akaun mereka jika perlu. Kekal terhubung dalam perjalanan • Ketahui lokasi mereka — Anda boleh mengetahui lokasi keluarga anda apabila mereka melakukan perjalanan. Dengan Family Link, anda boleh mengetahui lokasi anak anda pada peta, selagi mereka membawa peranti mereka. • Dapatkan pemberitahuan dan makluman — Family Link menghantar pemberitahuan penting termasuk apabila anak anda tiba atau meninggalkan lokasi tertentu. Anda juga boleh menghubungi peranti dan melihat baki hayat bateri peranti. Maklumat Penting • Alatan Family Link berbeza-beza bergantung pada peranti anak anda. Lihat senarai peranti yang serasi pada https://families.google/familylink/device-compatibility/ • Walaupun Family Link membantu anda mengurus pembelian dan muat turun anak anda daripada Google Play, mereka tidak memerlukan kelulusan untuk memasang kemaskinian apl (termasuk kemaskinian yang menambahkan kebenaran), apl yang telah anda luluskan sebelum ini atau apl yang telah dikongsi dalam Pustaka Keluarga. Kelulusan pembelian hanya akan digunakan apabila pembelian dibuat melalui sistem pengebilan Google Play dan tidak akan digunakan untuk pembelian yang dibuat melalui sistem pengebilan lain. Ibu bapa harus kerap menyemak apl yang dipasang dan kebenaran apl anak mereka dalam Family Link. • Anda perlu meneliti apl pada peranti di bawah pengawasan milik anak anda dan melumpuhkan apl yang anda tidak mahu digunakan oleh mereka. Harap maklum bahawa anda mungkin tidak dapat melumpuhkan sesetengah apl prapasang seperti Play, Google, dsb. • Untuk melihat lokasi peranti anak kecil atau anak remaja anda, peranti itu mestilah dihidupkan, aktif baru-baru ini dan disambungkan kepada Internet melalui data atau Wi-Fi. • Kawalan ibu bapa Family Link hanya tersedia untuk Google Account yang diawasi. Dengan Google Account yang diawasi, kanak-kanak mendapat akses kepada produk Google seperti Search, Chrome dan Gmail serta ibu bapa boleh menetapkan peraturan digital asas untuk mengawasi mereka. • Walaupun Family Link menyediakan alatan untuk mengurus pengalaman dalam talian anak anda dan memastikan mereka lebih selamat dalam talian, apl itu tidak menjadikan Internet selamat. Family Link tidak dapat menentukan kandungan pada Internet tetapi apl ini dapat memberi ibu bapa peluang untuk menetapkan cara anak mereka meluangkan masa pada peranti dan menentukan cara melindungi keselamatan dalam talian yang terbaik untuk keluarga anda.